Sinopsis:
“Abang
tahu, abang bersalah dengan Aisya. Tapi, tolonglah… kali ini abang
benar-benar minta maaf dan abang nak rujuk semula dengan Aisya. Abang
masih sayangkan Aisya.” – Tengku Azizul Iskandar Tengku Azman.
“Jika
Tengku nak membenci saya… bencilah. Saya reda dan ikhlas menerimanya.
Tapi, tolong jangan benci anak ini, dia tidak bersalah.” – Aisya Lyana
Sofea Ahmad Nordin.
“Kau
tu aje yang tak nak bagi peluang pada diri kau sendiri, Aisya. Cuba kau
buka pintu hati kau tu untuk insan yang bernama lelaki. Aku yakin jika
kau membukanya, kau pasti akan berjumpa dengan pemilik kunci hati kau
yang sebenarnya.” – Nadia.
“Ya,
memang I berdendam dengan you, Azizul. You dah jatuhkan maruah I. You
batalkan perkahwinan kita semata-mata kerana Aisya Lyana Sofea. Beberapa
bulan I menanggung malu dan hampir gila disebabkan you, Azizul. Dan
hari ini I puas sebab I dapat membalas dendam terhadap you sekeluarga!” –
Sharifah Aleeya Syed Mukriz.
“Esok
aku nak kau ikut aku ke pejabat peguam. Aku akan bagi apa yang kau nak.
Dan selepas itu, aku takkan ambil peduli pasal kau lagi, nak mampus ke
nak hidup ke… itu kau punya pasal. Aku takkan masuk campur dalam urusan
kau. Begitu juga dengan kau. Takkan masuk campur dalam urusan aku.
Jangan sesekali kau menuntut cerai dari aku dan kau jangan nak bermimpi
yang aku akan ceraikan kau. Aku nak hidup kau terseksa, Aisya Lyana
Sofea Ahmad Nordin. Ini pembalasan setiap apa yang telah kau lakukan
selama ini dan ini juga syarat yang aku kenakan pada kau pompuan!” –
Tengku Hariz Iskandar Tengku Azman.
Kehadiran
Tengku Hariz Iskandar dalam hidup Aisya Lyana Sofea memberi seribu
pengertian buat dirinya. Pintu hati yang telah lama tertutup,
perlahan-lahan dibuka buat lelaki itu. Begitu juga dengan Tengku Hariz
Iskandar turut sama merasai dengan apa yang dirasai oleh Aisya Lyana
Sofea.
Dalam
situasi yang tidak diduga, mereka berdua diijabkabulkan sebagai suami
isteri di atas kehendak dan kerelaan hati masing-masing. Langit tidak
selalunya cerah, mendung tidak selalunya hujan. Kasih yang diharap
rupa-rupanya racun yang berbisa. Tengku Hariz Iskandar punya tujuan
tersendiri. Aisya Lyana Sofea hidup dalam kepura-puraan. Dendam dan
benci melebarkan jurang di antara mereka berdua di samping syarat yang
menjeruk hati. Rahsia yang selama ini disimpan kemas terbongkar juga.
Namun
segala-galanya sudah terlambat buat Tengku Hariz Iskandar. Aisya Lyana
Sofea menghilang membawa hatinya yang terluka. Membawa bersama derita
yang tidak mudah untuk dilupakan seumur hidupnya.
Adakah
Tengku Hariz Iskandar dapat menerima kenyataan bahawa dia akan
kehilangan Aisya Lyana Sofea buat selama-lamanya? Adakah sinar
kebahagiaan buat Aisya Lyana Sofea? Bagaimana pula dengan kehadiran
Tengku Azizul Iskandar, Amirul, Iqbal dan Fahem Daniel? Adakah kehadiran
mereka memberi cabaran buat Tengku Hariz Iskandar untuk menagih kasih
semula daripada Aisya Lyana Sofea? Siapa pula Sharifah Aleeya, Fatin
Nabilla dan Marlisa?
“Seratus
kali kau benci padaku, seribu kali kusuka padamu. Seratus kali kau
marah padaku, seribu kali kusabar dengan sikapmu. Seratus kali kau
sayang padaku, seribu kali aku cinta kepadamu. Seratus kali kau setia
padaku, seribu tahun akan kutunggu. Hatimu milikku dan hatiku milikmu.” –
Aisya Lyana Sofea Ahmad Nordin.
Sinopsis:
Sejak
pulang dari luar negara, Qarissa menjadi semakin lupa diri. Tingkahnya
yang sering saja di luar batasan dari hari ke hari itu nyata menimbulkan
kebimbangan di hati Dato’ Rashid. Khuatir Qarissa bakal terpesong dari
landasan agama, Dato’ Rashid bertindak menjodohkan Qarissa dengan
Zafril, pekerja kesayangan yang juga merupakan anak kepada arwah rakan
baiknya. Walaupun Qarissa membantah keras, Dato’ Rashid tetap dengan
keputusannya kerana dia yakin Zafril mampu membimbing Qarissa menjadi
wanita yang lebih baik.
Bagi
Zafril, Qarissa adalah cinta pertamanya. Walaupun gadis itu selalu
bersikap sombong dan melayannya dengan buruk, namun kuasa cinta
mengatasi segala-galanya.
“Saya
tahu awak tak cintakan saya. Tapi percayalah, saya akan jadi suami yang
terbaik untuk awak lepas kita kahwin. Saya tak akan kecewakan harapan
papa awak pada saya. Saya tahu papa awak nak saya bimbing awak jadi
isteri solehah. Dan saya akan cuba laksanakan tanggungjawab tu sebaik
mungkin….” – Zafrril.
Bagi
Qarissa pula, mana mungkin lelaki yang hanya tahu menyakiti hatinya itu
boleh membahagiakannya. Namun semakin lama, hatinya semakin terpaut
dengan keikhlasan yang ditunjukkan. Lantas, lamaran Zafril diterima
dengan hati yang separuh rela.
Baru
saja Qarissa mahu mengecap kebahagiaan yang selama ini
dinanti-nantikan, muncul pula insan lain yang memusnahkan
segala-galanya. Zafril menjauh akibat fitnah. Qarissa pula menderita
atas dosa lampau. Lantas, untuk apa lagi ditagih cinta yang telah
hilang? Jika berpisah adalah jalan yang terbaik, Qarissa sedar dia harus
reda.
“Risa
mintak maaf, mama. Tapi Risa perlukan masa. Risa dah tak boleh berdepan
dengan Abang Ril kalau dia sendiri dah bencikan Risa….” – Qarissa.
Masih adakah sinar kebahagiaan untuk mereka sekiranya kata maaf seperti sudah tidak bermakna apa-apa lagi?